Ariff Hashim: “Matlamat Kita Sama Seperti Pasukan Lain, Untuk Jadi Juara SCL2018!”

Pada malam undian Selangor Champions League 2018 di Sunway Hotel Clio di Bandar Sunway baru baru ini, wakil media Antlers turut hadir bersama wakil kelab serta jurulatih Shah Alam Antlers, Ariff Hashim pada Sabtu, 8 September lalu.

Shah Alam Antlers sah diletakkan bersama-sama dalam kumpulan A bersama juara bertahan SCL iaitu Axis-02 PJ, bersama Southern FC, salah satu kelab komuniti yang bermain dalam Piala FA musim ini disamping Puchong Fuerza FC serta Gombak FC yang merupakan dua kelab yang berada di bawah program perintis Program Pembangunan Kelab Komuniti di bawah Football Selangor.

Ketua Jurulatih Shah Alam Antlers, Ariff Hashim menyifatkan pasukan sudah di dalam keadaan bersedia untuk menerima semua kejohanan dan mementingkan kombinasi antara pemain yang dilihatkan semakin kukuh. Ketika ditanya mengenai reaksi beliau mengenai Kumpulan A SCL 2018, yang mana turut menyaksikan Antlers dalam kumpulan maut.

“Tiada apa yg istimewa dlm kumpulan A walaupun juara bertahan, Axis-02 PJ FC turut ada dalam kumpulan A,” balas Ariff dengan penuh keyakinan dalam membawa Antlers dalam kejohanan.

 

“Yang pasti semua pasukan akan bersungguh dlm setiap perlawanan dan Axis-02 juga kena tahu Jerman juga juara bertahan dalam Piala Dunia yang lalu namun anda boleh lihat sendiri keputusannya,” tambah Ariff lagi.

Seperti yang umum maklum, Shah Alam Antlers akan bermain tiga kejohanan yang berbeza, dan Ariff berkata beliau yakin dengan izin Allah SWT beliau berharap segala perancangan beliau dengan pemain beliau akan berjalan dengan lancar dalam kejohanan yang terlibat.

Ariff menambah lagi yang Shah Alam Antlers juga menetapkan matlamat untuk menjadi juara SCL 2018, sama seperti pasukan pasukan yang yang turut bertanding dalam kejohanan yang paling berprestij dalam negeri Selangor ini.

Ditanya pula mengenai keinginan netizen dan sebuah pasukan yang sangat ingin untuk menentang Shah Alam Antlers dalam kejohanan ini, yang mana tidak kesampaian, Ariff tersenyu kecil.

“Saya tiada apa nak komen lah, tapi saya nasihat janganlah beriya-iya, takut sebaliknya pulak yang berlaku,” akhiri bekas ketua jurulatih pasukan belia Pulau Pinang dulu.