Head Coach Encik Ariff Bin Hashim

    Nationality
    mas Malaysia
    Current Team
    Shah Alam Antlers FC

    En Ariff Bin Hashim sebagai Ketua Jurulatih telah mendapat kelayakan Lesen Kejurulatihan A dari AFC dan juga Pengajar Bolasepak Pantai AFC. Beliau juga berkelulusan Diploma Sains Sukan dan juga Ijazah Pengurusan Sukan.

    En Ariff berpengalaman luas dalam arena bolasepak tempatan dan pernah bersama pasukan Pulau Pinang B19 & B21, PB Melayu Pulau Pinang, UiTM FC & Proton FC. Di peringkat antarabangsa pula En Ariff pernah bersama pasukan Harimau Muda (Malaysia B17) disamping bersama Pasukan Bolasepak Universiti Malaysia ke Kejohanan Piala Dunia Universiti di Thailand & China dan juga Kejohanan Asia di Thailand.

    Dengan ilmu dan pengalaman luas yang dimiliki beliau, kami yakin En Ariff akan membawa Shah Alam Antlers ketahap yang lebih tinggi.