Shah Alam Grassroots League Beri Peluang Kepada Pemain Cilik!

Sebagai salah satu dari kelab dibawah Projek Kelab Bolasepak Komuniti Selangor Youth Community (SAY) melalui Football Selangor, Shah Alam Antlers FC dengan bangga mengumumkan penganjuran Shah Alam Grassroots League (SAGL).

SAGL merupakan pertandingan bolasepak Bawah 12 Tahun dan Bawah 10 Tahun. SAGL akan melibatkan 16 pasukan bagi setiap kategori termasuk pasukan Shah Alam Antlers U12 dan Shah Alam Antlers U10.

Ini adalah untuk menyuntik semangat adik adik yang merupakan pemain cilik selain untuk meningkatkan bakat dan kebolehan bermain pemain yang terlibat di dalam kejohanan ini.

SAGL adalah salah satu pertandingan Kelayakan Selangor Grassroots League yang akan berlangsung Mei hadapan. Juara SAGL bagi setiap kategori akan mengiringi pasukan Shah Alam Antlers U12 dan U10 ke Selangor Grassroots League yang mana akan dikelola oleh Football Selangor.

SAGL akan berlangsung di Stadium JKR, Seksyen 17, Shah Alam pada 14 April 2018 dari jam 8 pagi sehingga jam 6 petang.

#MyCityMyPride

#AllUniteForTheCity