Shah Alam Antlers Terima Tajaan Dari Football Republic!

SHAH ALAM ANTLERS FC DAN FOOTBALL REPUBLIC TANDATANGANI PERJANJIAN PENAJAAN

Shah Alam Antlers dengan sukacita mengumumkan perjanjian penajaan utama dengan butik bolasepak premium, Football Republic.

Football Republic merupakan butik premium bola sepak pertama dimiliki oleh Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.

Logo Football Republic akan berada di bahagian hadapan kit home dan away Shah Alam Antlers yang akan dilancarkan pada esok hari!

Penajaan kit Shah Alam Antlers adalah berprestij dan Football Republic akan menggantikan TocBall sebagai logo penaja utama di jersi Shah Alam Antlers.

Melalui kerjasama ini, pelbagai usahasama komersil boleh dibuat diantara kedua-dua belah pihak bagi mencapai matlamat masing-masing.

 

#MyCityMyPride

#AllUniteForTheCity