Shah Alam Antlers & SAY Memeterai Kerjasama Dengan Majlis Bandaraya Shah Alam!

Presiden Shah Alam Antlers, Ahmad Suffian Mamat bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community (SAY) yang juga merupakan Naib Presiden dan Setiausaha Agong FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon telah membuat kunjungan rasmi ke Pejabat Datuk Bandar Shah Alam, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad di Menara MBSA, 23 Julai lalu.

Dalam perbincangan yang berlangsung dengan kesemua pihak ada bersama, MBSA bersetuju akan berkerjasama dengan SAY dan Shah Alam Antlers untuk menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti Shah Alam bukan sahaja dalam penglibatan aktiviti bolasepak tetapi juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan & komuniti yang lain.

Sebagai sebuah pasukan bolasepak komuniti yang mewakili Shah Alam secara keseluruhannya, kerjasama sebegini sangat penting untuk Shah Alam Antlers bagi mendekatkan lagi Shah Alam Antlers dengan komuniti pendudukShah Alam. Ini sejajar dengan syarat Program Pembangunan Kelab Komuniti Football Selangor (FS) dibawah kelolaan SAY.

Selain dari itu, kerjasama ini juga menunjukkan Shah Alam Antlers mahu mengikuti model kelab bolasepak Jepun dimana setiap kelab disyaratkan oleh J-League untuk mendapat pengiktirafahan oleh Datuk Bandar atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bandar atau bandaraya masing-masing dan melakukan aktiviti-aktiviti komuniti dan kemasyarakatan.

Melalui kerjasama ini, Shah Alam Antlers juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SAY dan juga Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam kesudian beliau untuk mengiktiraf Shah Alam Antlers sebagai rakan komuniti MBSA.

#AllUniteForTheCity

#MyCityMyPride