Shah Alam Antlers Menerima Jemputan Sertai Piala Emas Raja Raja 2018!

Pada 27 Julai 2018 yang lalu, Shah Alam Antlers FC telah menerima surat jemputan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia untuk menyertai Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan Shah Alam Antlers akan bermain sebagai pasukan jemputan dalam kejohanan yang dirancang akan berlangsung pada penghujung bulan September hingga perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2018.

Majlis Taklimat Pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2018 yang berlangsung pada 21 Julai yang lalu.

Sejarah Piala Emas Raja-Raja ini bermula pada tahun 1922, pada awalnya dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan hasil kurniaan dari Sultan Perak, Selangor dan Pahang serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kejohanan ini pada awalnya telah di uruskan dibawah Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (MAHA) sebelum diambilalih oleh Persatuan Bolasepak Semenanjung Malaysia yang kini dikenali sebagai Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia pada tahun 1947.

Shah Alam Antlers juga telah hadir ke Majlis Taklimat Kejohanan Piala Emas Raja-Raja pada 21 Julai lalu untuk mendalami format kejohanan yang baru dan peraturan pertandingan secara umumnya di Wisma FAM bersama wakil-wakil dari ahli gabungan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia yang turut mempersetujui wilayah Lembah Klang (Selangor & Kuala Lumpur) akan menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini.

Wakil Shah Alam Antlers turut bersama menghadiri Majlis Taklimat Piala Emas Raja-Raja 2018, edisi ke-78.

Pihak pengurusan Shah Alam Antlers FC sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) untuk menyertai Piala Emas Raja-Raja pada edisi ke-78 ini.

Kejohanan ini akan juga akan menguji kebolehan dan kekuatan pemain muda Shah Alam Antlers untuk bermain dengan bekas-bekas pemain yang pernah bermain dalam tahap tertinggi seperti saingan Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia.

Selamat bertanding kepada semua pasukan yang akan menyertai kejohanan serta jutaan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia atas jemputan!