Shah Alam Antlers Ladies FC, Cuba Mencipta Nama Dalam Bolasepak Wanita!

Jika anda masih belum tahu, Shah Alam Antlers melangkah lagi satu langkah ke hadapan dalam memperkasakan bolasepak dalam kalangan komuniti dengan menubuhkan skuad bolasepak wanita.

Untuk makluman, pasukan wanita Shah Alam Antlers atau dikenali sebagai Antlers Ladies bakal memulakan musim pertama dalam Women Ryders League!

Antlers Ladies ini diuruskan oleh saudara Shazri Sobri, yang sangat berpengalaman dalam menguruskan pasukan bolasepak wanita.

Sempat berbual dengan beliau baru-baru ini, Shasha berpendapat kewujudan pasukan Antlers Ladies ini boleh merancakkan lagi pembangunan bolasepak wanita kepada national pool.

“Bermain di Ryders League, menjadi satu perkara yang baik untuk memberi wanita wanita ini peluang dan ruang untuk menunjukkan potensi minat mereka dalam sukan bolasepak,” tambah Shasha lagi.

Women Ryders League ini akan bermain di padang NPNG Damansara pada hujung minggu pada dengan perlawanan bermula seawal jam 5 petang. Ayuh bersama-sama menyaksikan perlawanan pertama Shah Alam Antlers pada 7 Julai 2018 ini!

Segala info perlawanan boleh didapati di laman media sosial Shah Alam Antlers!

#MyCityMyPride
#WanitaBolehMainBola
#AUFTC