Shah Alam Antlers Kini Merupakan Kelab Komuniti Di Bawah Football Selangor!

Pada 1 Ogos 2018 yang lalu, barisan pengurusan Shah Alam Antlers menerima berita gembira kerana Shah Alam Antlers kini telahpun mencapai status ‘Kelab Komuniti’ yang berada di bawah Program Pembangunan Kelab Komuniti bersama lima lagi pasukan lain.

Ini bermakna Shah Alam Antlers secara automatik layak ke saingan Selangor Champions League buat kali yang kedua bersama CABJ, Gombak FC, KV United, Subang City FC serta Puchong Fuerza. Saingan SCL2018 adalah kali kedua buat Shah Alam Antlers setelah terkandas dalam peringkat kumpulan pada saingan SCL2018.

Shah Alam Antlers merupakan salah satu pasukan yang layak ke saingan SCL2018 sebagai kelab komuniti.

Untuk layak berada di bawah Program Pembangunan Kelab Komuniti, kriteria yang dikenakan sangat ketat dan Shah Alam Antlers mengucapkan jutaan terima kasih dalam bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Football Selangor untuk menjadikan Shah Alam Antlers sebagai salah satu kelab komuniti perintis dalam Program Pembangunan Kelab Komuniti yang diilhamkan oleh DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor ini.

Dalam surat Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Football Selangor menyatakan Shah Alam Antlers lulus penuh kesemua 11 kriteria yang diberikan oleh panel penilai Football Selangor dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Semoga dengan berita ini, memberikan satu sinar baru dalam bolasepak Malaysia dan turut memberikan semangat buat kelab kelab komuniti yang lain untuk turut bersama mewujudkan kelab komuniti bagi memajukan bolasepak kita bersama.