Shah Alam Antlers FC memeterai Perjanjian Rakan Strategik bersama Jugadorez FC!

Shah Alam Antlers FC telah menandatangani Perjanjian Rakan Strategik bersama Jugadorez FC yang kini sedang mengharungi musim pertama di Klang Valley League Shah Alam.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Shah Alam Antlers FC, En Faiz Redza Md Hafidz dan Pengurus Jugadorez FC, Muzaffar Shah Ahmad.

Perjanjian ini melibatkan kerjasama strategik dalam bidang pengurusan, komersil dan juga teknikal. Antara lain perjanjian ini memberi peluang kepada pemain-pemain muda Shah Alam Antlers FC untuk bermain di Jugadorez FC bagi menimba lebih banyak pengalaman dan minit perlawanan.

Shah Alam Antlers FC juga dari masa ke semasa akan menjemput pemain-pemain Jugadorez FC yang berpotensi menjalani latihan bersama Shah Alam Antlers FC dan seterusnya menyertai skuad Shah Alam Antlers FC jika menunjukkan prestasi yang diingini.

Sementara itu, En Shazri bin Dato’ Sobri dilantik menjadi pengurus baru Shah Alam Antlers setelah pemergian En Ahmad Yani bin Ismail yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Pasukan.

Pihak pengurusan Shah Alam Antlers sangat mengalu-alukan kehadiran En Shazri yang sangat berpengalaman dalam industri bolasepak liga sosial yang mana sebelum ini beliau mencurahkan keringat bersama Ingress Tigers FC, Sasa Ryders FC serta Staryders Men & Women Team!

Selamat datang buat beliau!

#BiancoAzzuroPerSempre

#AllUniteForTheCity