Shah Alam Antlers Bersedia Teruskan Rentak Kemenangan Dalam AXA KVL M5!

Setelah mengharungi jadual yang padat ketika kempen Piala Emas Raja Raja 2018, kini skuad Shah Alam Antlers mempunyai lebih masa bagi mengharungi perlawanan-perlawanan AXA KVL M5 di Stadium Mini MPAJ, Ampang.

Perlawanan seterusnya bagi Shah Alam Antlers adalah menentang Revo FC. Walaupun Revo FC menduduki kedudukan tercorot kumpulan B, Shah Alam Antlers tetap membuat persediaan yang rapi dibawah bimbingan Ketua Jurulatih, Ariff Hashim melalui jadual latihan yang padat.

Bahagian pertahanan Shah Alam Antlers yang diketuai oleh kapten, Hadi Mazali serta pasangannya Azeem kembali menunjukkan keupayaan sebenar selepas berjaya menyekat pihak lawan dari memjaringkan sebarang gol di dua perlawanan terakhir.

Begitu juga skuad serangan Shah Alam Antlers yang menjaringkan 6 gol di dua perlawanan terakhir menerusi 5 pemain yang berasingan. Salihan Jamil antara nama utama namun di samping itu, Faris, Sheko, Suzaimy dan Hafizi juga telah pun mencatat nama dalam helaian jaringan.

#AllUniteForTheCity