Sesi Pemilihan Skuad Shah Alam Antlers FC berakhir

Sesi pemilihan skuad Shah Alam Antlers FC yang berlangsung hampir sebulan berakhir petang semalam dengan perlawanan ujian menentang Selangor United B21

 Dalam perlawanan tersebut Selangor United B21 menewaskan Shah Alam Antlers FC 1-0 hasil jaringan tunggal menerusi sepakan penalti di separuh masa kedua.

Pemain-pemain yang dipilih oleh Coach Aris akan menjalani perlawanan persahabatan menentang Majlis Bandaraya Ipoh pada hari Isnin 15hb Januari 2018 sebelum berangkat ke Janda Baik bagi menjalani Sesi Bina Semangat selama 3 hari bermula 17hb Januari 2018 hingga 19hb Januari 2018.

Seterusnya skuad Shah Alam Antlers akan memulakan latihan bermula pada 22hb Januari 2018 bagi menghadapi musim baru Klang Valley Super League.