Sebelum Ke Majlis Pelancaran Jersi Shah Alam Antlers 2018!

INFO MAJLIS PELANCARAN JERSI

Shah Alam Antlers Football Club akan melancarkan jersi yang ditaja oleh Extravaganza mereka bagi musim 2018 pada Sabtu, 7 April 2018 di Uptown Shah Alam.

Jersi Shah Alam Antlers musim baru akan kelihatan lebih minimalis dan juga akan mempunyai satu penaja utama yang akan diumumkan pada hari pelancaran termasuk dua penaja dari musim lepas iaitu Semuanya BOLA dan asiana.my!

Shah Alam Antlers mengekalkan warna utama jersi home mereka iaitu warna putih dan jersi away mereka akan berwarna biru tua. Penyokong Shah Alam Antlers yang berminat untuk mendapatkan boleh mendapatkan sehelai jersi dengan harga RM69.

Jersi baru ini serta kit latihan Shah Alam Antlers juga akan mula dijual sejurus selesai pelancaran sekitar jam 10.30 malam.

INFO PENDAFTARAN KEAHLIAN

Shah Alam Antlers Football Club melalui Kelab Penyokong Shah Alam Antlers juga akan membuka pendaftaran keahlian Kelab Penyokong Shah Alam Antlers pada hari tersebut bermula jam 9.00 malam.

Tiga pakej disediakan untuk bakal-bakal ahli yang berminat untuk turut serta menggerakkan Shah Alam Antlers FC melalui Kelab Penyokong disebabkan ukhwah yang terbina di awal penubuhan kelab komuniti ini!

3 Pakej Keahlian Kelab Penyokong Shah Alam Antlers.

Pendaftaran untuk menyertai keluarga besar Shah Alam Antlers juga akan bermula pada 7 April jam 9.00 malam.

Bagi lain-lain pengumuman, Shah Alam Antlers akan mengumumkan mengenai segala majlis kelab serta majlis-majlis bagi ahli melalui platform sosial media.

#MyCityMyPride

#AllUniteForTheCity