Previu SCL2017: Shah Alam Antlers Tidak Akan Pandang Rendah Axis-O2

Shah Alam Antlers pastinya dengan semangat yang berkobar-kobar mahu mencari 3 mata setelah perlawanan menentang Protap FT yang sepatutnya menjadi titik permulaan cemerlang sedikit terbantut atas kontroversi 2 kad merah yang dilayangkan kepada pemain utama mereka iaitu Aiman dan juga Paneer.

Turun sebagai juara KV Super League, Shah Alam Antlers masih tercari-cari rentak setelah berehat daripada perlawanan kompetitif selama hampir 5 bulan. Perlawanan pertama menentang Protap FT juga boleh dianggap sebagai perlawanan mencari rentak sebenar untuk memacu pasukan kearah yang konsisten dan stabil.

Serangan yang diketuai Tobi Ibironke juga masih belum benar-benar menguji penjaga gol lawan walaupun ada gerakan kreatif dari Paneer dan Nazran dari bahagian tengah yang juga mampu memberi ancaman besar kepada pasukan Axis-02 namun sayangnya Paneer tidak ada.

Gandingan Nicholas Chan dan Obi Vincent diharapkan boleh beraksi baik walaupun tanpa kehadiran Aiman Sirajuddin yang pasti memeningkan kepala, G. Muthu, jurulatih Shah Alam Antlers.

Juara JES League, Axis-02 pula walaupun hanya mendapat 1 mata, namun mereka telah berjaya menajamkan barisan serangan dengan 2 gol merobek gawangan Klasiko FC walaupun begitu, jaringan pada minit-minit akhir oleh Asrul Helmi (Klasiko FC) nyata memusnahkan harapan Axis-02 untuk mendapatkan 3 mata. Walaubagaimanapun, Adli sebagai focal point pasukan Axis-02 juga harus diperhatikan gandingan beliau bersama Mba Ikechukwu yang turut menjaringkan gol tempohari menentang Klasiko FC.

Rekod Axis-02 dengan menjaringkan 58 gol dalam 15 perlawanan juga memberi satu tanda aras baru dalam rekod liga amatur di sekitar Lembah Klang. Axis-02 juga mengalahkan Ingress Tigers FC serta Terrapins FC (juara SCL2016) dengan masing-masing 4-0 dan 2-1 dan sudah pastilah Shah Alam Antlers tidak boleh memandang rendah dengan Axis-02 ini.

Adakah percaturan coach Muthu akan berhasil untuk memberikan hasil terbaik pada perlawanan kedua Selangor Champions League 2017 ini? Atau Axis-02 bakal menjadi dark horse untuk membenam Shah Alam Antlers di hadapan ratusan penyokong Shah Alam Antlers?

#ALLUNITEFORTHECITY
#BIANCOAZZUROPERSEMPRE