Previu SCL2017: Shah Alam Antlers Mahu Kembali Lakar Kemenangan Ke Atas Empayar Bangi FC

Minggu lalu menyaksikan Shah Alam Antlers mengalami kekalahan kedua dalam saingan Selangor Champions League. Kehilangan 3 mata sudah pastilah menjejaskan sedikit moral pasukan yang masih lagi belum menjamin tempat untuk ke suku akhir. Saingan di kumpulan B yang amat sengit sudah pastilah akan berlarutan sehingga ke minggu terakhir saingan kumpulan B.

Pada minggu keenam, Shah Alam Antlers bakal turun menentang satu lagi pasukan pilihan kejohanan iaitu Empyar Bangi FC. Perlawanan ini juga menjadi titik tolak sama ada Shah Alam Antlers masih akan kekal sebagai pendahulu liga atau akan ditarik jatuh ke bawah.

Dengan prestasi yang masih tidak konsisten, Shah Alam Antlers hanya mampu meraih dua mata dari dua perlawanan pertama dalam saingan Selangor Champions League walaupun berjaya meraih 6 mata maksimum dari 2 perlawanan. Namun, kemaraan tersebut sedikit terbantut apabila mereka tewas di tangan PIB FC pada perlawanan minggu ke-5 yang lalu.

Empayar Bangi FC pula menang 6 mata maksimum daripada 2 perlawanan pertama namun sedikit tergugat apabila mereka hanya mampu meraih 1 mata pada 2 perlawanan terakhir mereka.

Shah Alam Antlers dijangka akan mengekalkan Muhammad Ridhwan sebagai pemain serangan utama mereka yang mana akan dijangka akan bergandingan bersama Chukwu Chijioke yang akan diapit Yakish Rao dan Firdaus Selwam sebagai pemain sayap.

Di bahagian pertahanan pula, khidmat Nicholas Chan yang beru pulang dari cuti Deepavali pastinya ditagih oleh ketua jurulatih Shah Alam Antlers, coach Muthu yang juga baru memulakan tugasnya sekembalinya beliau dari cuti Deepavali.

Manakala Empayar Bangi FC dijangka akan tetap menurunkan barisan pemain terkuatnya seperti Aiman Hakim, Zulhilmi Azmi dan Firdaus Musa yang dijangka bakal memainkan peranan masing-masing dengan lebih gagah serta kebal lagi.

Menewaskan Shah Alam Antlers merupakan sesuatu yang sudah tentu hebat bagi pemain Empayar Bangi FC yang mana mereka juga boleh memintas kedudukan teratas dalam saingan kumpulan B serta menarik Shah Alam Antlers yang sebenarnya masih belum menjamin sebarang peratusan untuk layak ke peringkat suku akhir.

Jangan lupa saksikan Shah Alam Antlers FC menentang Empayar Bangi FC di Stadium Panasonic Seksyen 21, Shah Alam pada jam 8.15 malam ini pada 24 Oktober 2017, Selasa ini!

#BiancoAzzuroPerSempre

#AllUniteForTheCity