Previu SCL2017: Shah Alam Antlers FC Cari Rentak Kemenangan

Shah Alam Antlers bakal turun berhadapan dengan pasukan yang kini terperosok di dasar liga iaitu, TTDI Terrapins FC setelah perlawanan derbi pada minggu yang lalu. Terrapins yang juga merupakan juara bertahan Selangor Champions League kini melalui tempoh sukar apabila masih belum mengutip sebarang mata di dalam kumpulan B.

Shah Alam Antlers juga pernah menumpaskan Terrapins dalam saingan Klang Valley Super League yang berkesudahan dengan keputusan 3-1. Namun, intensiti saingan dalam Selangor Champions League tetap memberikan satu suasans berbeza dengan Shah Alam Antlers sendiri telah pun mencatat keputusan seri 1-1 dengan Protap FT dan mengalami kekalahan 0-1 di tangan Axis-02 FC.

Berbeza pula dengan perlawanan derbi Shah Alam minggu lalu menyaksikan Shah Alam Antlers membuat comeback dengan mencari 2 gol dalam 10 minit terakhir yang memadamkan jaringan cantik berjarak 40 ela oleh Azeez Akeem. Yakish dan Chijioke menjadi hero penyokong Shah Alam Antlers yang dahagakan kemenangan.

Terrapins pula yang kini dibarisi pemain-pemain muda yang baru, diketuai oleh pengurus pasukan yang merangkap jurulatih, Amir Shahir yang bermain dengan permainan hantaran pendek yang menarik namun sayangnya pasukan mereka masih belum serasi.

Terrapins ditumpaskan Empayar Bangi dengan jaringan 0-1 tetapi kemudiannya dimalukan oleh Klasiko FC dengan jaringan 4-0. Kapten mereka, Fadhlullah Mat Rawi berkata pasukan mereka masih muda dan mereka percaya bahawa masih ada masa untuk serasi lebih-lebih lagi antara bahagian tengah dan serangan yang tidak menemui jaringan dalam dua perlawanan pertama itu.

Shah Alam Antlers yang kini menghuni tangga keenam dengan 4 mata pasti mahu mencari 3 mata untuk meneruskan rentak kemenangan mereka di depan ratusan penyokong setia mereka untuk menempatkan pasukan mereka dalam

Bagi Terrapins, perlawanan ini juga merupakan satu perlawanan yang menentukan sama ada mereka boleh kembali bangkit untuk saingan Selangor Champions League atau hanya akan menjadi pasukan pelengkap jadual yang sedang bersedia untuk musim Klang Valley Super League yang seterusnya.

Sama-sama kita saksikan perlawanan antara Shah Alam Antlers menentang TTDI Terrapins di Stadium Panasonic Antlersland, Seksyen 21, Shah Alam pada 12 Oktober 2017, jam 9.45 malam!

#BiancoAzzuroPerSempre

#AllUniteForTheCity