Previu SCL2017: PIB Mahu Halang Kemaraan Shah Alam Antlers

Shah Alam Antlers  dalam misi mencari tiga mata penuh dalam melayan kunjungan PIB FC yang sangat berpengalaman dalam saingan liga sosial. Shah Alam Antlers yang membelasah TTDI Terrapins dengan jaringan 1-5 sudah tentu mahu meneruskan rentak cemerlang mereka setelah 2 perlawanan awal yang sukar.

Shah Alam Antlers dengan gandingan Chijioke Chukwu dan Firdaus Selvam yang beraksi dengan garang pada perlawanan sebelum ini sudah tentu ingin menambah koleksi jaringan serta bantuan gol dalam perlawanan menentang PIB FC.

Walaubagaimanapun, aksi yang kurang meyakinkan dipamerkan oleh PIB FC menentang Gombak Klasiko FC yang berkesudahan PIB FC menewaskan Klasiko FC dengan jaringan 0-1 hasil kesilapan penjaga gol Klasiko FC, Wan Muhd Danial.

Ketua jurulatih Shah Alam Antlers, G. Muthu sudah tentu akan mempertaruhkan gandingan Vincent Obi dan Nicholas Chan dalam menghalang gerakan-gerakan kreatif daripada Amirul Ashraff untuk penyerang, Muhd Huzaini dan Khairul Anuar Rahim yang mewakili PIB FC.

Shah Alam Antlers akan menggunakan Nazran serta Naim dalam merangka titik kreativiti dalam menghidupkan bahagian sayap yang dibintangi oleh Yakish Rao dan Firdaus Selvam. Chijioke Chukwu pula akan diletakkan sebagai pemain serangan utama untuk merobek gawang PIB FB yang mana akan dipertahankan oleh dua pertahanan yang berpengalaman dalam Liga FAS, iaitu Zainol Shahrin dan Fikry Tukiman serta penjaga gol, Asyraf Borhanuddin.

Persoalannya, adakah Shah Alam Antlers mampu untuk merobek gawang PIB FC untuk mengukuhkan kedudukan di tangga pertama ataupun akan terperangkap dengan cara permainan high-pressing yang akan digunakan oleh saudara Ikhram, ketua jurulatih PIB?

Sama-sama kita saksikan perlawanan antara Shah Alam Antlers menentang PIB FC di Stadium Panasonic Antlersland, Seksyen 21, Shah Alam pada 20 Oktober 2017, jam 9.45 malam!

#BiancoAzzuroPerSempre

#AllUniteForTheCity