Previu SCL2017: Derbi Shah Alam Yang Panas! Shah Alam milik siapa?

Derbi Shah Alam pasti menyaksikan satu lagi perlawanan bertekanan tinggi akan menghiasi perlawanan antara Shah Alam Antlers yang bakal turun menentang SA United di Antlersland. Derbi ini bukanlah derbi yang terkenal seperti derbi-derbi yang lebih klasik di Malaysia, tetapi antara satu derbi yang juga ditunggu-tunggu dalam kalangan penyokong bolasepak liga sosial.

Shah Alam Antlers yang menewaskan SA United dengan keputusan 2-1 pada saingan Klang Valley Super League dalam prestasi yang tidak menentu berikutan dua perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan dengan perlawanan pertama yang penuh kontroversi, mereka seri 0-0 dengan Protap FT.

Perlawanan kedua Shah Alam Antlers pula menyaksikan mereka tumbang kali pertama di Antlersland dengan kemenangan berpihak kepada Axis-02 FC dengan sedikit kontroversi yang mana Shah Alam Antlers tewas 1-0 di hadapan penyokong sendiri.

Dengan kembalinya Paneer di dalam pasukan, pasti cukup melegakan coach G. Muthu serta seluruh pasukan yang memerlukan pemain yang kreatif dalam membantu tingkatkan kreativiti Naim & Nazran untuk membolehkan pemain serangan boleh merobek gawang SA United manakala Aiman Sirajuddin masih dalam tempoh penggantungan disebabkan straight red card  yang diterimanya ketika menentang Protap FT.

SA United pula hadir juga dengan sedikit prestasi yang goyah dalam dua perlawanan pertama dengan kekalahan 3-2 kepada Rebel FC yang menyaksikan Azeez Akem menjaringkan dua gol. Beliau bakal menjadi tunjang kepada pasukan SA United untuk merobek gawang Shah Alam Antlers.

Pemain tengah, Naim Mukhtar pula menjadi penyelamat SA United dari mengalami kekalahan dengan menjaringkan gol untuk mencuri satu mata dari Klasiko FC. SA United pasti mahu mencuri sekurang-kurangnya satu mata dalam derbi ini.

SA United yang juga merupakan antara nama-nama pasukan yang merupakan pilihan untuk menjuarai SCL2017, sudah tentu Nadzry Abu Bakar, pengurus SA United sudah pasti ada taktikal yang bermain dalam kepalanya untuk menghalang serangan Shah Alam Antlers dari bebas membuat percubaan ke gawang mereka.

Adakah Antlers boleh untuk mendapatkan 3 mata pertama mereka dalam perlawanan derbi Shah Alam ini? Ataupun SA United akan hadir memberikan tentangan yang hebat untuk mengunci pemain-pemain Antlers?

Sama-sama kita saksikan pada 3 Oktober, 9.45 malam bertempat di Stadium Panasonic Antlersland, Seksyen 21, Shah Alam!

#BiancoAzzuroPerSempre
#AllUniteForTheCity