Pasukan Muda Shah Alam Antlers Sertai South Selangor League M5

Pasukan Muda Shah Alam Antlers Sertai South Selangor League M5

Skuad Shah Alam Antlers mempunyai lambakan pemain muda pada tahun ini dengan purata umur pasukan 22.6 tahun. Sebagai pendedahan dalam proses pembangunan pemain-pemain muda ini Antlers menghantar skuad Bawah 23 Tahun menyertai South Selangor League M5 (SSLM5).

SSLM5 yang akan bermuala pada 4 November ini merupakan salah satu dari liga M5 dibawah kelolaan Malaysia Football League (MFL) atau dulunya dikenali sebagai FMLLP. Semua perlawanan SSLM5 akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Selain dari Shah Alam Antlers B23, SSLM5 turut disertai oleh 7 pasuakan lain antaranta Batu Dua FC, Dusun Tua FC, Kantan Rovers FC, Kota Warisan FC, MPKJ The Lions FC, Panglima FC dan Putra City FC

Sebagaimana format Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik, Skuad Shah Alam Antlers B23 akan turut dibantu oleh beberapa pemain senior. Antlers B23 akan membuat penampilan sulung SSLM5 pada 11 November, jam 3:00 petang menentang Kantan Rovers FC.