Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Shah Alam Antlers!

Pada 7 April lalu, Shah Alam Antlers terus mengorak langkah lebih profesional dengan membuat majlis menandatangani kontrak pemain Shah Alam Antlers di restoran Brotherhood & Co, Seksyen 7 yang turut menaja santapan ketika majlis berlangsung.

Majlis tertutup yang dihadiri oleh semua pemain serta pihak pengurusan kelab Shah Alam Antlers FC. Jumlah keseluruhan pemain yang sah untuk bersama Shah Alam Antlers pada musim ini adalah seramai 26 orang.

“Daripada 26 orang pemain, 3 orang merupakan pemain import yang masing-masing dari Nigeria, Mesir dan juga dari Indonesia,” jelas ketua jurulatih Shah Alam Antlers, Coach Arif.

“Kita pada tahun ini mengambil prinsip untuk membangunkan ‘ubi’ yang muda bagi memberi pengalaman bermain di hadapan kira-kira 100 orang penyokong setia Shah Alam Antlers,” kata Presiden Shah Alam Antlers FC, Ahmad Suffian Mamat.

Suffian juga berkata, majoriti pemain berusia 22 tahun ke bawah, dengan yang paling tua berusia 27 tahun. Pemain termuda dalam pasukan pula adalah Muhammad Lutfi Daniel yang baru sahaja berusia 18 tahun.

“Rata-rata mereka menandatangani kontrak selama 2 tahun dan ramai antara mereka merupakan pelajar di universiti awam di Shah Alam,” kata Khairul Effendy, pengurus pasukan Shah Alam Antlers FC.

“Kontrak yang asas buat pemain semi-pro juga ditandatangani untuk memberi jaminan kepada kelab dan juga kepada pemain sendiri,” akhiri Ahmad Suffian. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 5 petang.
Pada malam tersebut pula, Shah Alam Antlers melancarkan jersi terbaru kelab disamping memperkenalkan skuad & penaja kelab penuh kepada umum. Anda boleh baca DI SINI.

ANTLERS ROADTOUR!

Shah Alam Antlers akan berada di Restoran Brotherhood Seksyen 7 untuk pendaftaran ahli kelab penyokong Shah Alam Antlers dan juga pembelian jersi musim 2018!

#MyCityMyPride

#AllUniteForTheCity