Laporan Perlawanan: Shah Alam Antlers 1-1 Empayar Bangi

Shah Alam Antlers melayan kunjungan Empayar Bangi FC di Stadium Panasonic Shah Alam pada minggu keenam ini yang juga merupakan perlawanan ketiga pada minggu tersebut. Perlawanan ini amat penting buat Shah Alam Antlers kerana perlu mengutip 3 mata sangat penting untuk mereka sekurang-kurangnya masih dalam jaminan untuk layak ke pusingan seterusnya.

Seperti yang dijangka, Empayar Bangi bermain dengan formasi 3-5-2, satu formasi yang telah digunakan beberapa kali oleh pasukan ini pada musim ini dan efektif buat pasukan mereka. Shah Alam Antlers pula memilih formasi 4-2-3-1 untuk menjadikan kawasan tengah lebih padat dan menyukarkan pemain Empayar untuk memecahkan benteng pertahanan.

Perlawanan bermula dengan tempo yang sederhana, di mana kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa. Namun seawal minit ke-4, Chukwu Chijioke, berjaya mencari peluang untuk membuat rembatan tetapi rembatan Chijioke lemah dan tidak begitu menggusarkan penjaga gol Empayar Bangi.

Tempo perlawanan semakin perlahan ketika perlawanan mencapai usia 15 minit dengan kedua-dua pasukan banyak melakukan passing error yang mengganggu rentak perlawanan walaupun Empayar Bangi tampak lebih selesa menguasai perlawanan.

Tika Empayar Bangi leka menguasai perlawanan, Firdaus Selvam berjaya merampas bola lalu membuat hantaran lintang beliau dari kanan yang begitu kencang tetapi gagal disambut oleh mana-mana pemain Shah Alam Antlers.

Setelah beberapa ketika, Shah Alam Antlers sekali lagi berjaya mencari ruang peluang melalui Chijioke apabila Chijioke mudah menggelecek melepasi pemain pertahanan Empayar Bangi tetapi sepakan yang lemah dari CJ berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.

Vincent dilayangkan kad kuning pada minit ke-31, kerana melakukan kekasaran hanya beberapa cm dari luar kotak penalti. Namun, sepakan percuma oleh pemain Empayar Bangi hanya sia-sia.

Serangan balas berjaya dilakukan oleh Empayar Bangi dimana Chijioke dijatuhkan dan merayu agar penalti diberikan namun Nur Ariff akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol Antlers dalam situasi satu lawan satu. Tamat separuh masa pertama dengan Empayar Bangi mendahului Shah Alam Antlers dengan jaringan 1-0.

Bermula separuh masa kedua, Shah Alam Antlers terus bermula garang demi gol penyamaan. Ini benar-benar menguji pertahanan Empayar Bangi yang masih berjaya mengekang setiap serangan dari Antlers. Minit ke-42, Antlers kecewa kerana sepakan percuma mereka hanya menggegar palang gol.

Kesilapan dari pemain Empayar Bangi pada minit ke-45, memberi ruang kepada Antlers untuk hampir hampir menjaringkan gol penyamaan apabila Alif Sofiadi menggelecek pemain Antlers di dalam kawasannya sendiri namun bola tersebut dirampas.

Serangan bertubi-tubi dari Shah Alam Antlers tidak berjaya menghasilkan sebarang peluang malah pengadil menafikan satu penalti buat Shah Alam Antlers.

Ketika tiga mata seolah-olah sudah berada di dalam genggaman Empayar Bangi dengan 1 gol yang dijaringkan, namun dalam masa kecederaan, kekasaran berlaku di dalam kotak penalti Empayar Bangi dengan Naim dijatuhkan oleh pertahanan Empayar Bangi, dan pengadil memberi di saat-saat akhir perlawanan kepada Shah Alam Antlers.

Akhirnya Antlers berjaya menyamakan kedudukan melalui Chukwu Chijioke. Kekecewaan terserlah pada semua pemain Empayar Bangi FC apabila gol penyamaan itu dijaringkan. Shah Alam Antlers akhirnya berjaya meraih 1 mata setelah ketinggalan hampir di seluruh perlawanan.

 

#BiancoAzzuroPerSempre

#AllUniteForTheCity