Laporan Perlawanan SCL2017: TTDI Terrapins 1-5 Shah Alam Antlers

Enam gol, itulah yang disajikan daripada perlawanan yang menyaksikan Shah Alam Antlers membelasah TTDI Terrapins dengan jaringan 1-5. Shah Alam Antlers yang merupakan juara KVL Super League musim lalu yang memakai jersi away hitam mereka memulakan permainan dengan bergaya.

Seawal minit ke-7, Chukwu Chijioke, penyerang Shah Alam Antlers menempa nama sebagai penjaring pertama perlawanan setelah kesilapan pertahanan tengah Terrapins memberi akibat buruk buat penjaga gol yang terpaksa bertahan dalam situasi satu-lawan-satu.

Baki separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertali arus menyerang balas dan bertahan. Shah Alam Antlers mempunya beberapa lagi peluang yang dihasilkan oleh Yakish Rao serta Firdaus Selvam, yang merupakan pemain sayap mereka namun, finishing Shah Alam Antlers seolah-olah leka selepas gol pertama Chijioke pada awal permainan.

Separuh masa kedua dimulakan dengan baik oleh Terrapins, dengan filosofi permainan hantaran pendek digunakan oleh jurulatih Terrapins, Amir Shahir diterjemahkan dengan begitu baik oleh pemain-pemain muda Terrapins.

Namun, ketika bahagian serangan Terrapins sedang leka menyerang kubu pertahanan Shah Alam Antlers, Firdaus Selwam menerima hantaran tinggi daripada penjaga gol Shah Alam Antlers dan kemas menolak bola ke Chijioke yang sedia menunggu. Chijioke terus membawa bola ke bahagian sayap dan rendah menghantar bola buat Firdaus Selvam yang sedia menunggu untuk menewaskan penjaga gol Terrapins.

Selang tiga minit kemudian, Shah Alam Antlers menambah lagi gol yang serupa seperti gerakan Chijioke – Firdaus Selvam sebelumnya, namun kali ini Kumaran Vijayan pula yang mencatat nama sebagai penjaring gol bagi Antlers.

Terrapins cuba merapatkan kedudukan setelah gol terhasil pada minit ke-54 hasil jaringan Mohd Norsyafiq yang mana tandukkannya berjaya menewaskan penjaga gol Antlers setelah Terrapins mendapat sepakan sudut buat kali yang kedua.

Jaringan keempat Shah Alam Antlers pula hadir dua minit kemudian setelah Shah Alam Antlers hasil gerakan Firdaus Selvam yang kemas membuat hantaran lintang untuk disempurnakan oleh Chijioke. Pertahanan Terrapins tampak begitu penat untuk membuat larian mengejar larian deras Firdaus Selvam dan juga Chijioke.

Pada minit ke-64, Firdaus Selvam menutup tirai jaringan dengan memberikan Shah Alam Antlers satu lagi kemenangan dalam usaha Shah Alam Antlers menempatkan kelab mereka dalam kelompok empat pasukan teratas dalam Kumpulan B Selangor Champions League.

#BiancoAzzuroPerSempre

#AllUniteForTheCity

#AlwaysBlueWhite