Laporan AGM: Penstrukturan Kelab Bolasepak Shah Alam Antlers Bagi Tahun 2018!

Tanggal 3 Mac 2018, Shah Alam Antlers telah melangsungkan Mesyuarat Agung Shah Alam Antlers bagi tahun 2018 dalam membincangkan perjalanan kelab dalam saingan musim baru.

Saudara Redza, yang sebagai Setiausaha Agung kelab bolasepak Shah Alam Antlers telah mengacarakan majlis bagi melancarkan majlis mesyuarat agung yang diadakan di Wisma UBSA, Shah Alam.

AGENDA PERTAMA

Perkara pertama dibangkitkan, adalah mengenai keahlian fanclubs Shah Alam Antlers. Ahli lembaga pengarah Shah Alam Antlers telah sebulat suara bersetuju memberikan peluang kepada ahli yang hadir untuk mempersetujui harga baru.

Sebulat suara semua ahli yang hadir mempersetujui satu harga baru keahlian yang juga akan memperolehi kad keahlian Shah Alam City Privilege Card (SAC Privilage Card) yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kad SAC Privilege Card tersebut akan memberi banyak kelebihan sebagai warga Shah Alam khususnya, yang mana dijelaskan oleh saudara Asif, yang memberikan penjelasan panjang lebar mengenai kad keahlian tersebut.

AGENDA KEDUA

Saudara Ahmad Suffian, Presiden Kelab Bolasepak Shah Alam Antlers telah mengumumkan struktur baru bagi Shah Alam Antlers sendiri dengan mewujudkan 3 entiti berbeza dalam menguruskan sebuah kelab.

Perkara yang menarik dalam perbincangan semalam apabila saudara Syed Rosman membangkitkan mengenai penubuhan koperasi Shah Alam Antlers yang terdiri daripada ahli ahli yang berminat untuk melaburkan wang mereka dalam usaha memberikan kelangsungan bagi kelab.

Majoriti ahli bersetuju dan menamakan 7 wakil dari pihak komuniti sebagai ahli jawatankuasa penaja penubuhan Koperasi Shah Alam Antlers Berhad yang akan diketuai oleh saudara Syed Rosman sendiri yang berpengalaman dekat penubuhan koperasi.

AGENDA KETIGA

Presiden SAAFC melalui agenda ketiga turut memberitahu mengenai persiapan pasukan dengan Coach Ariff membentangkan mengenai senarai pemain Shah Alam Antlers FC bagi musim 2018.

Sedikit soal jawab antara ahli dan barisan kejurulatihan berlaku dan semuanya telah dijelaskan dengan baik mengenai perkara-perkara berbangkit mengenai pasukan Shah Alam Antlers.

PENUTUP

Berakhirnya mesyuarat agung Shah Alam Antlers dengan semuanya berpuas hati dengan hasil mesyuarat tersebut yang menyaksikan beberapa persoalan yang timbul dapat diterangkan secara jelas.

Berikutan itu juga, beberapa pengumuman akan diumumkan dari semasa ke semasa untuk memberitahu komuniti mengenai perjalanan pasukan Shah Alam Antlers.

#MyCityMyPride

#AllUniteForTheCity