Checklist Barang Keperluan Yang Perlu Dibawa Ketika Sesi Pemilihan Terbuka

Apakah kelengkapan yang anda perlu bawa sebelum datang ke sesi pemilihan skuad senior Shah Alam Antlers?

Kredit: Kamarul Akhir / asiana.my

Jika anda merancang untuk datang ke sesi pemilihan terbuka skuad senior Shah Alam Antlers pada 15 Julai 2017 nanti, kami sarankan anda untuk memeriksa checklist berikut.

Ini adalah untuk memastikan anda betul-betul bersedia.

Berikut merupakan barang-barang keperluan yang perlu anda bawa ke sesi pemilihan terbuka tersebut:

1) Baju sesuai

Perlu diingat jika tiada hujan, cuaca di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada pukul 11 pagi boleh mencecah hingga ke 33˚C.

Kredit: Kamarul Akhir / asiana.my

Anda bebas untuk memakai baju yang anda rasakan sesuai untuk bermain bola sepak. Asalkan baju tersebut dapat menyerap peluh dengan baik ketika anda bermain.

2) Seluar pendek

Tiada pengecualian. Anda perlu memakai seluar pendek yang sesuai untuk bermain bola sepak ketika sesi pemilihan – bukannya seluar 3 quarter atau seluar tracksuit panjang.

Jika anda perlu menutup aurat, gunakan tights.

Kredit: Kamarul Akhir / asiana.my

3) Stokin panjang lengkap

Tahun lepas, terlalu ramai pemain yang memakai stokin pendek ke sesi pemilihan – seolah-olah mahu datang bermain bola sepak bersama rakan-rakan.

Pastikan anda datang dengan stokin panjang.

Kredit: Kamarul Akhir / asiana.my

4) Shin guard

Dengan stokin panjang, anda juga perlu bawa dan memakai shin guard. Mana-mana pemain yang gagal membawa shin guard mungkin akan ditegah masuk padang oleh jurulatih kami.

Kami tidak mahu menanggung risiko kecederaan pemain – hanya disebabkan keengganan anda untuk memakai shin guard.

5) Rambut panjang diikat

Jika anda menggayakan rambut panjang, pastikan anda membawa headband/getah rambut untuk mengikat rambut anda.

6) Air

Air akan dijual di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada hari pemilihan. Tetapi anda disarankan untuk membawa air anda sendiri untuk memastikan anda sentiasa hidrat walaupun ketika kedai masih belum dibuka.

7) Sarapan

Disebabkan pendaftaran akan dibuka tepat pada pukul 7 pagi dan ditutup tepat pada pukul 8 pagi, anda hampir pasti akan bersarapan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam.

Tetapi kafe dan kedai tidak dibuka sehinggalah jam 10 pagi. Jadi pastikan anda membawa sarapan anda sendiri untuk dimakan di sana.

Anda tak digalakkan untuk menyertai sesi pemilihan tanpa bersarapan.

8) Kasut bola sesuai untuk artificial turf

Sesi pemilihan skuad senior akan dibuat di padang utama Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam yang merupakan padang berumput tiruan (artificial turf).

Dengan cuaca panas, bermain di artificial turf adalah satu pengalaman yang pastinya mencabar kebolehan fizikal anda.

Jadi pastikan anda kasut bola yang sesuai dengan permukaan artificial turf. Kasut bola yang mempunyai conical studs (gambar bawah) adalah paling sesuai. Contohnya Copa Mundial, PUMA King dan Nike Tiempo.

Sumber: Footy-Boots.com

Sementara itu, kasut bola yang mempunyai blade studs (gambar bawah) adalah yang paling tak sesuai untuk dipakai di artificial turf.

Sumber: Footy-Boots.com

JANGAN BUAT: Apabila anda merasakan kasut bola anda terlalu panas ketika bermain, JANGAN simbah air ke kasut bola anda untuk menyejukkan kaki anda. Perbuatan ini hanya akan membuatkan kaki anda melecet!

9) Vaseline

Ada kemungkinan kaki anda akan melecet apabila bermain di artificial turf seperti Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam – terutamanya jika anda tak biasa bermain di permukaan sebegitu.

Oleh itu sediakan juga Vaseline untuk rawat luka melecet anda dengan pantas.

Selamat mencuba dan selamat berjaya kami ucapkan kepada semua pemain-pemain yang akan datang ke sesi pemilihan terbuka Shah Alam Antlers pada 15 Julai 2017 nanti di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam!