Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liga Yang Kita Bakal Sertai; Klang Valley League M5

Apa itu Klang Valley League; KVL M5?

KVL M5 merupakan salah satu liga daripada gabungan liga-liga amatur dari seluruh 14 negeri yang membentuk divisyen ke-5 dalam piramid bola sepak Malaysia.

14 liga yang terbabit membentuk divisyen ke-5 piramid bola sepak Malaysia buat julung-julung kali adalah:

1. DD League (Cheras, Kuala Lumpur)
2. Liga Komuniti Puchong (Puchong, Kuala Lumpur)
3. Shah Alam League (Klang, Selangor)
4. Subang Football League (Subang, Selangor)
5. Sunrize Community League (Sungai Buloh, Selangor)
6. Klang Valley League (Shah Alam, Selangor)
7. Liga PBKL DIV 1 (Kuala Lumpur)
8. South Selangor League (Shah Alam, Selangor)
9. Selangor Social Premier League (Shah Alam, Selangor)
10. Melaka Div 1 – Melaka FA (Melaka)
11. Pahang Div 1 – Pahang FA (Pahang)
12. Piala Sultan – Johor FA (Johor)
13. Liga PBSNT – Terengganu FA (Terengganu)

Juara KVL M5 ada musim 2018 nanti kan layak secara automatik untuk bertanding di liga divisyen ke-4 (juga dipanggil sebagai Liga M4) pada tahun 2019.

Pembentukan divisyen ke-4 dan ke-5 ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League, MFL (dahulunya dikenali sebagai Football Malaysia LLP, FMLLP) pada Januari 2018 sebagai salah satu pelan 10 tahun MFL untuk memberi platform inklusif kepada semua pemain amatur dalam piramid bola sepak Malaysia.

Sebelum penambahan Liga M4 dan M5, piramid bola sepak Malaysia hanya mempunyai 3 divisyen – unifi Liga Super sebagai M1, 100Plus Liga Premier sebagai M2 dan Piala FAM sebagai M3.

Bila KVL M5 akan bermula?

KVL M5 akan memulakan musimnya pada 27 Ogos 2018 dan akan berakhir pada 11 November 2018.

Dimanakah KVL M5 akan dimainkan?

KVL M5 akan menjadikan Stadium Mini Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang terletak di Pandan Perdana sebagai gelanggang rasmi tetap liga.

Bilakan perlawanan-perlawanan KVL M5 akan dimainkan?

Semua perlawanan akan diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis pada jam 8.15 malam dan 10.15 malam.

Bagaimanakah format KVL M5?

16 buah pasukan akan dibahagikan kepada 2 buah kumpulan secara undian. 4 buah pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir.

Jumlah perlawanan dalam peringkat kumpulan adalah sebanyak 7 perlawanan.

Kedudukan pasukan dalam peringkat kumpulan akan ditentukan berdasarkan faktor berikut (mengikut urutan):

Jumlah mata > rekod head-to-head > perbezaan jaringan > jumlah jaringan > perlawanan penentuan

Apakah peraturan-peraturan KVL M5?

1. KVL M5 akan menggunakan undang-undang serta peraturan seperti yang termaktub dalam FIFA Laws of The Game edisi terkini yang diterbitkan oleh FIFA, melainkan ada perubahan dan pindaan yang dibuat oleh penganjur dalam buku peraturan ini.

2. Setiap pasukan hanya boleh mendaftar maksimum 30 orang pemain sahaja.

3. Hanya 3 pemain asing (foreigner) sahaja dibenarkan untuk didaftar oleh setiap pasukan. Namun hanya 2 pemain asing sahaja dibenarkan untuk beraksi dalam perlawanan pada satu-satu masa.

4. Pemain yang pernah berdaftar, beraksi atau mempunyai kontrak dengan mana-mana pasukan dalam liga Malaysia (unifi Liga Super, 100Plus Liga Premier dan Piala FAM) pada tahun 2018 tidak dibenarkan untuk didaftar bermain di KVL M5 musim 2018.

5. Setiap pemain hanya dibenarkan berdaftar dengan 1 pasukan sahaja yang bertanding dalam KVL M5. Pemain yang berdaftar dalam 2 pasukan sama di KVL M5 akan dibatalkan pendaftarannya serta-merta.

6. Pemain jemputan tidak dibenarkan bermain.

7. Setiap pasukan hanya dibenarkan membawa seramai 18 orang pemain sahaja pada hari perlawanan.

8. Jumlah maksimum pertukaran pemain pemain (substitution) adalah sebanyak 7 kali sahaja. Pemain yang sudah dibawa keluar tidak dibenarkan masuk bermain kembali.

9. Tempoh waktu permainan adalah 70 minit (tidak termasuk masa kecederaan). Setiap separuh masa akan berlangsung selama 35 minit.

Apakah hadiah kemenangan yang ditawarkan?

Juara akan layak ke liga divisyen ke-4 (M4) 2019 dan menerima wang tunai sebanyak RM3,000, set jersi bernilai RM2,000 tajaan KakiJersi, baucar bernilai RM500 tajaan Prestige Sports, piala iringan dan pingat.

Naib juara akan menerima wang tunai sebanyak RM1,500, baucar RM1,000 dari KakiJersi, baucar RM500 dari Prestige Sports dan pingat.

Penjaring terbanyak liga akan menerima wang tunai RM100, baucar RM500 dari Prestige Sports, jersi tajaan KakiJersi dan trofi.

Pemain terbaik liga (MVP) akan menerima wang tunai RM100, baucar RM500 dari Prestige Sports, jersi tajaan KakiJersi dan trofi.

Pengurusan pasukan terbaik akan menerima baucar RM500 dari Prestige Sports dan trofi.

Bagaimanakah rupa susurmasa KVL M5?

19 Ogos 2018: Sidang media, taklimat pasukan dan undian.
20 Ogos 2018: Tarikh tutup pendaftaran pemain
27-20 Ogos 2018: Matchweek 1
3-6 September 2018: Matchweek 2
10-13 September 2018: Matchweek 3
17-20 September 2018: Matchweek 4
24-27 September 2018: Matchweek 5
1-4 Oktober 2018: Matchweek 6
8-11 Oktober 2018: Matchweek 7
22-25 Oktober 2018: Suku akhir
30-31 Oktober 2018: Separuh akhir
9 November 2018: Akhir