Ariff Hashim: “Kelantan, Lawan Kami Paling Susah Dalam Piala Emas Raja-Raja,”

Pada Sabtu lalu, selepas usai perlawanan persahabatan antara Shah Alam Antlers menentang Persatuan Bolasepak Melayu Kuala Lumpur, penulis sempat menemuramah ketua jurulatih Shah Alam Antlers, saudara Ariff Hashim yang berpengalaman luas dalam bolasepak.

Ariff Hashim bukan nama asing dalam bolasepak belia, cuma tahun ini beliau mengambil keputusan untuk mendidik dan melatih pasukan bertaraf kelab iaitu Shah Alam Antlers. Beliau merupakan bekas ketua jurulatih bagi pasukan Piala Presiden serta Piala Belia bagi pasukan Pulau Pinang manakala pada tahun 2016, beliau membawa Pulau Pinang dalam saingan Piala Emas Raja-Raja.

Ayuh kita ikuti temuramah antara penulis bersama Coach Ariff:

SOALAN: Assalamualaikum, apa khabar? Sihat ke menjelang saingan liga dan Piala Emas Raja Raja serta Selangor Champions League sekaligus ini? Bagaimana persediaan pasukan Shah Alam Antlers untuk menghadapi Piala Emas Raja Raja 2018?

COACH ARIFF: Alhamdulillah, saya sihat walafiat. Sejujurnya persiapan dan persediaan Shah Alam Antlers pada Piala Emas Raja Raja pada edisi kali ini adalah satu peluang yg tiada dlm perancangan mana2 pasukan kelab dalam saingan liga KVL mahupun Selangor Champions League.

Ini boleh saya katakan sebagai satu penghormatan buat kelab komuniti yg pertama diberi ruang dan peluang oleh penganjur iaitu Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia. Jika kita lihat, pasukan telah pun membuat persediaan hampir 4 bulan dan Insha Allah kita akan menghadapi kejohanan dgn penuh tanggungjawab dan memberikan yg terbaik bagi mewakili pasukan Komuniti.

SOALAN: Baiklah coach. Tapi pada kali ini, saingan KVL M5 & Selangor Champions League akan berjalan serentak dengan Piala Emas Raja-raja. Apa perancangan Coach menghadapi jadual yang padat ini?

COACH ARIFF: InshaAllah dengan respon dan kerjasama yg baik dari Football Selangor dan pengurusan pasukan amat berharap agar diberi kelonggaran dan penyusunan jadual yg tidak akan mengganggu perjalanan liga yang diutamakan.

SOALAN: Sudah pasti jadual yang padat boleh memberikan pengalaman baru buat pemain-pemain dalam pasukan. Tapi apa sebenarnya sasaran Shah Alam Antlers dalam saingan Piala Emas Raja-raja?

COACH ARIFF: Saya secara peribadi menyasarkan dengan kemampuan yang pasukan ada serta penambahan baru yang berdasarkan pemilihan yang baru saja berjalan baru baru ini, kita menyasarkan untuk sekurang-kurangnya menjadi 8 pasukan terbaik dengan layak ke suku akhir.

SOALAN: Selepas pengundian kumpulan Piala Emas Raja-raja pada Jumaat lalu, seperti yang Coach sedia maklum, Antlers diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Kelantan, Johor, Melaka dan Persatuan Bolasepak Cina Malaysia, apa reaksi Coach? Pasukan mana yang bakal memberi tentangan paling hebat buat Antlers nanti?

COACH ARIFF: Saya berasa sedikit risau kerana ini merupakan kumpulan yang agak sengit, pada hemat saya. Kelantan akan menjadi lawan paling hebat kerana mereka merupakan finalis bagi edisi lalu.

SOALAN: Jika begitu, selamat berjaya saya ucapkan buat Coach dalam semua saingan yang Antlers terlibat pada musim ini. Terima kasih kerana sudi bersama kami dalam temuramah kali ini.

COACH ARIFF: Ya, jangan lupa datang sokong! Assalamualaikum.