Adeq Mencipta Sejarah Shah Alam Antlers Ladies FC!

Puteri Umi Sofea atau lebih dikenali sebagai ‘Adeq’ adalah salah seorang gadis kecil yang bermain buat Shah Alam Antlers. Nama beliau telah terpahat dalam sejarah Shah Alam Antlers sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol rasmi untuk Shah Alam Antlers Ladies.

Penyerang lincah yang mempunyai kepantasan yang mengagumkan ini menjaringkan gol di babak kedua ketika perlawanan Shah Alam Antlers Ladies bertemu The Footsouls dalam saingan Women Ryders League pada 15 Julai lalu.

Baby

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan bolasepak wanita Malaysia, Felicity Agnes atau ‘Baby’ juga tidak ketinggalan mengukirkan namanya dalam sejarah Shah Alam Antlers Ladiesapabila beliau menjadi pemain pertama yang membuat ‘bantuan gol’.

Lorongan cantik dari Baby berjaya mengelirukan pertahanan The Footsouls bagi meloloskan Adeq untuk gol pertama Shah Alam Antlers Ladies.

Baby turut menambah 1 gol untuk Shah Alam Antlers Ladies apabila sepakan percuma yang cantik melalui rembatan padu dari jarak 20 meter gagal sama sekali diselamatkan oleh penjaga gol The Footsouls.

Walau bagaimanapun, dalam perlawanan itu menyaksikan Shah Alam Antlers Ladies tewas dengan keputusan 4-2 kepada The Footsouls yang nyata lebih berpengalaman sebagai satu pasukan.