SELANGOR CHALLENGE CUP 2018: Persiapan untuk KVL M5!

Buat julung-julung kalinya 4 buah pasukan bolasepak komuniti Lembah Kelang akan berentap di dalam Selangor Challenge Cup 2018.

Kejohanan pra-musim ini akan berlangsung dari 15 April hingga 12 Mei 2018 di pelbagai lokasi yang telah diatur. 4 buah kelab yang akan berentap akan mewakili komuniti masing-masing yang terdiri daripada empat buat kelab di sekitar Lembah Klang.

Ampang United F.C

Ditubuhkan pada 2013.

 

 

 

 

Club Atletico Bukit Jelutong

Ditubuhkan pada 2011.

Gombak F.C

Ditubuhkan pada 2017.


Shah Alam Antlers F.C

Ditubuhkan pada 2016.

Liga ini sebagai persiapan memanaskan badan menjelang Liga Klang Valley M5 (KVL) dan Selangor Champions League (SCL) yang akan bermula selepas Ramadan nanti. Liga ini akan berjalan secara satu pusingan dengan setiap pasukan alan bermain 3 perlawanan diperingkat awal.

Dua pasukan teratas akan layak ke perlawanan akhir ‘Cup’ manakala dua pasukan terbawah pula akan bermain di perlawanan akhir ‘Plate’.

Ini merupakan medan ujian buat keempat-empat kelab ini menguji kemampuan masing-masing disamping mengeratkan perhubungan antara kelab-kelab komunit di Lembah Kelang.

Liga ini adalah liga anjuran bersama 4 buah kelab yang bertanding dan sebuah piala akan menjadi rebutan yang ditaja oleh Imtiaz Digital.

Jadual perlawanan yang telah dipersetujui adalah seperti yang berikut adalah seperti berikut:

Game 1
Tarikh: 15 April
Ampang United vs Gombak FC
Padang: UIA Gombak
Masa: 5:00pm

Game 2
Tarikh: 19 April
CABJ vs Gombak FC
Padang: Ardence Arena
Masa: 8:00 pm

Game 3
Tarikh: 21 April
Shah Alam Antlers vs Ampang United
Padang: Padang MBSA
Masa: 5:00 pm

Game 4
Tarikh: 26 April
Shah Alam Antlers vs CABJ
Padang: Akan Diberitahu
Masa:  Akan Diberitahu

Game 5
Tarikh: 2 Mei
Gombak FC vs Shah Alam Antlers
Padang: Stadium UIA, Gombak
Masa: Akan Diberitahu

Game 6
Tarikh: 3 Mei
CABJ vs Ampang United
Venue: Akan Diberitahu
Masa: Akan Diberitahu

Perlawanan Akhir
12/13th Mei:
Venue: Akan Diberitahu
Masa: Akan Diberitahu

(SEMUA PERLAWANAN TERTAKLUK KEPADA PINDAAN BERDASARKAN CUACA DAN LOGISTIK)

Penganjur pertandingan berharap semua pasukan terutama pemain dapat bermain dengan penuh semangat kesukanan dan persahabatan.